Anti Corruption Watch Brunei
Saturday, 1 August 2009
closing another chapter of my life
I gave 3 years of my life to fight for a good cause. It is now time to move on for another good cause. I am sad but at same time happy. Sad to leave good people behind but happy being given another chance to make a difference. Often life gives us brief moments with another...but sometimes in those brief moment we get memories that last a life time...
Wednesday, 3 June 2009
Global Corruption Barometer 2009
Transparency International (TI) has released its Global Corruption Barometer 2009. You can download the full report at http://www.transparency.org . This is the first time that Brunei is included in the survey. I did mention in my previous posting entitled Why is Brunei not on the CPI survey? in explaining to you why Brunei was never included in any of the surveys made by Transparency International. To be honest with you, I was very nervous and anxious on what the outcome of the Report would say about Brunei and our efforts in fighting corruption in this country. There was no word from TI when they told us that they were conducting the survey as they wanted to make sure we did not interfere. They even told us that we might not like the outcome of the survey. I knew I would be shooting myself on the foot should the result turn out to be very negative.
Tuesday, 2 June 2009
Pelancaran Dialog Bersama Dengan Persatuan Guru dan Ibu Bapa Mengenai dengan Pendidikan Pencegahan Rasuah Brunei Darussalam
Pendidikan Pencegahan Rasuah ini merupakan salah satu pendekatan yang diambil oleh BMR sebagai langkah awal untuk mendidik pelajar-pelajar tentang pentingnya Pendidikan Pencegahan Rasuah. Disamping itu juga, ianya merupakan usaha untuk menanam nilai-nilai murni kedalam diri mereka agar menjadi masayarakat yang berakhlak mulia dan dapat mempraktikan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan seharian mereka nanti. Adalah diharapkan langkah-langkah ini akan dapat memberikan kesan positif terhadap pengawalan serta pencegahan rasuah pada masa yang akan datang.
Bagi menyalurkan nilai-nilai tersebut kepada pelajar-pelajar, ketika di sekolah, guru-guru adalah penyalur bagi nilai-nilai ini dengan fakta-fakta yang tepat dan betul. Manakala di rumah, ibu bapa atau penjaga pelajar-pelajar adalah merupakan pembimbing nilai-nilai murni ini kepada pelajar-pelajar tersebut secara sepenuh masa sehingga pelajar-pelajar tersebut akan menjadi orang yang berguna dan bakal menjadi pemimpin dimasa nanti.
Sehubungan dengan itu, adalah bersesuaian bagi BMR mengadakan Majlis Dialog Pendidikan Pencegahan Rasuah Bersama Dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru Sekolah dengan kerjasama Jabatan Perkembangan Kurikulum, Jabatan Sekolah-Sekolah, Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan dan Jabatan Penjagian Islam, Kementerian Ugama.
Saya ingin menghayati dan mengimbas balik petikan sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, sempena Majlis Pelancaran Pendidikan Pencegahan Rasuah Dalam Kurikulum Kebangsaan, bertempat di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antara Bangsa, Berakas, pada Hari Sabtu, 6 Zulhijah 1426/ 7 Januari 2006.
Petikan sabda antara lain berbunyi:
“Pendidikan pencegahan rasuah yang disemai dari awal lagi dikalangan penuntut merupakan strategi penting bagi membina dan melengkapi sebuah masyarakat yang bencikan rasuah. Generasi muda adalah bakal pemimpin akan datang. Seharusnya mereka ini dididik untuk memusuhi rasuah….”
Daripada petikan sabda tersebut, BMR komited dan meningkatkan lagi strategi dalam Pendidikan Pencegahan Rasuah dengan mempelbagaikan lagi kaedah pembelajaran disekolah-sekolah dan dipusat pengajian tinggi dinegara ini. Salah satu daripada inisiatif yang diambil oleh BMR ialah mengikuti sistem pembelajaran SPN21 dengan mengintegrasikan buku-buku Pendidikan Pencegahan Rasuah kepada “e format” secara berperingkat-peringkat supaya pelajar-pelajar dapat memperolehinya secara “on line” melalui computer. BMR akan membuat kajian semula dan mengemaskinikan isi kandungan pembelajaran tersebut mengikuti keadaan semasa. BMR juga akan sentiasa menyokong dan mengikuti Perkembangan SPN21 yang berjalan pada masa ini.
Sebagai salah satu langkah menuju ke arah kefahaman dan toleransi sifar terhadap rasuah, Biro ini telah membuka satu halaman web didalam Facebook. Dengan adanya Biro Mencegah Rasuah dalam Facebook ini, masyarakat umum akan dapat berinteraksi terus melalui papan discussion board atau pun member cadangan atau pandangan bagi memantapkan lagi usaha usaha BMR. Saya percaya dengan social networking site ini akan menambahkan lagi pendedahan masyarakat dalam aktiviti memerangi rasuah dan ini sedikit sebanyak akan menunjukkan kepada masyarakat umum dan antarabangsa yang kita di Negara Brunei Darussalam ini bersatu dalam memerangi gejala rasuah.
Dari segi pencapaian, Pendidikan Pencegahan Rasuah di Negara Brunei Darussalam telah pun menarik perhatian daripada negara-negara jiran. Diantara lawatan-lawatan kerja dalam Pendidikan Pencegahan Rasuah yang pernah dibuat termasuk lawatan daripada Michel Bonnieu, Senior Regional Legal Advisor, United Nations Office on Drug and Crime, lawatan daripada Allan Jones yang mewakili The Corruption and Crime Commission of Western Australia, lawatan daripada bekas Timbalan Pengerusi Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) Indonesia dan lawatan daripada Ir Ahmad Jais, Timbalan Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia yang mana mereka-mereka ini telah datang ke Negara Brunei Darussalam untuk melihat dan mempelajari bagaimana Pendidikan Pencegahan Rasuah dilaksanakan.
Seperti yang telah diterangkan oleh Pengerusi Majlis tadi, tujuan Majlis Dialog Pendidikan Pencegahan Rasuah Bersama Dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru Sekolah ialah bagi mendapatkan maklum balas atau pandangan daripada ibu bapa atau penjaga pelajar-pelajar mengenai dengan projek Pendidikan Pencegahan Rasuah ini. Saya berharap ibu bapa yang hadir pada hari ini akan dapat memberikan buah fikiran atau pandangan yang positif mengenai dengan program Pendidikan Pencegahan Rasuah di sekolah-sekolah.
Friday, 1 May 2009
Tanggungjawab rakyat
1. Fahami hak-hak biskita. Biskita haruslah memahami hak-hak biskita dan juga keistemewaan biskita yang biskita berhak untuk mendapatkannya. Sebagai misalan biskita harus memahami daripada tekad pemedulian orang ramai (TPOR) berapa hari permohonan lesen biskita boleh disiapkan. Sebagai misalan yang lain juga biskita berhak untuk mendapatkan maklumat bagaimana untuk mendapatkan biasiswa untuk anak biskita untuk melanjutkan pelajaran diluar negeri dan keputusan akademik yang perlu dicapai. Dengan memahami hak-hak biskita ini, pemegang kuasa akan tahu yang beliau berhadapan dengan rakyat yang bukan mudah untuk dimanipulasikan ataupun 'ditumbuk rusuk' untuk mendapatkan suapan.
2. Kuasa biskita sebagai pengguna. Sebagai pengguna kepada perkhidmatan, biskita berhak untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik terutama sekali perkhidmatan-perkhidmatan yang dikenakan bayaran. Kuasa membayar inilah kuasa biskita sebagai pengguna supaya perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan sentiasa diperbaiki.
3. Galakan orang yang biskita pilih menjadi ketua untuk sama-sama memerangi rasuah. Di mana-mana biskita berada biskita akan berhadapan dengan ketua-ketua baik yang dipilih mahupun yang dilantik, seperti ketua kampung, penghulu, Yang Berhormat wakil Majlis Mesyuarat Negara, pengerusi persatuan ataupun pertubuhan dan sebagainya. Biskita mempunyai hak untuk mempastikan orang yang dipilih atau dilantik itu mengutamakan kejujuran dan amanah dan sama-sama mahu berusaha untuk membendung rasuah baik di dalam kesatuan ataupun pertubuhan atau kampung ataupun mukim yang mereka terajui.
4. Berikan sokongan kepada kesatuan ataupun pertubuhan yang menggalakan good governance. Badan-badan dan kesatuan-kesatuan seperti persatuan guru dan ibubapa, majlis perundingan kampung dan majlis takmir masjid antaralain mempunyai fungsi yang mengutamakan kejujuran dan badan badan seperti ini adalah berfungsi sebagai 'check and balance' kepada pemegang-pemegang kuasa dan amanah. Dengan adanya badan-badan seperti ini pemegang-pemegang kuasa akan sentiasa 'conscious' bahawa kuasa dan amanah yang mereka jalankan akan senantiasa di mata-matai oleh biskita.
5. Belajar untuk membuat aduan. Setiap jabatan diwajibkan untuk mengadakan peti-peti cadangan dan aduan. Biskita perlulah memahami tata susila untuk menghadapkan aduan. Aduan-aduan tersebut biarlah yang bertujuan untuk membuat pembaikan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan dan bukannya untuk mencela pegawai-pegawai kerajaan.
6. Laporkan rasuah. Biskita mempunyai hak untuk melaporkan rasuah ke Biro ini. Malahan jika biskita ada di pinta rasuah oleh pegawai kerajaan adalah menjadi satu kesalahan jika biskita gagal untuk melaporkanya. Akan tetapi pastikan aduan tersebut adalah benar dan bukannya yang direka-reka ataupun untuk membuat fitnah kerana ianya adalah menjadi satu kesalahan jika aduan yang dibuat ke Biro ini direka dan tidak benar.
7. Jangan galakkan rasuah. Mungkin biskita mengatakan memberikan 'secawan kopi' (rasuah yang kecil) itu tidak mengapa terutama sekali jika biskita dapat perkhidmatan yang cepat dan menghindari 'red tape'. Akan tetapi rasuah kecil itu sama seperti sel kanser. Sewaktu kecil mungkin tidak mengapa akan tetapi jika dibiarkan ianya boleh menjadi besar dan berleluasa. Bila ini berlaku ianya akan memudaratkan semua pihak yang mana akhir sekali semua rakyat akan menderita. Lihat sajalah negara-negara disekeliling kita yang mempunyai masaalah untuk membasmi rasuah kerana ianya sudah berakar umbi sebagai adat resam mereka. Yang menderita adalah rakyat mereka sendiri!
Tuesday, 28 April 2009
Corruption= monopoly of power+too much discretion-(accountability+transparency+integrity)
So really if a department has someone who can exercise a full monopoly of power with absolute discretion in the exercise of it coupled with the lack of ATI (accountability, transparency and integrity), no matter what the organisation or department is and believe me in whateever Ministry it is, there will be corruption or other forms of misuse of funds!
Monday, 27 April 2009
Corruption is fearful of transparency
I should however inform the public that there is absolutely no legal right for members of the public to force the Bureau to investigate every single complaint or information they filed in. Infact it will be ultra vires and illegal for this Bureau to initiate investigation that it has no legal powers to investigate! The Bureau does occasionally receive information that it has no jurisdiction to investigate for example on family feud over land or spousal dispute on property and sometimes information or complaint that reveal possible offences that the Bureau is not the competent authority to investigate for instance on theft or cheating. In such instance, we would normally advice the complainant to approach a more relevant authority or if the complainant could not be contacted, the Bureau would refer the information to a competent authority in accordance with the existing laws.
Whilst the Bureau will try every attempt permissible under the law to be transparent, there are clear sets of parameters that we cannot go beyond. Members of the public should always be reminded on the following:
1. The Bureau cannot disclose to anyone the identity of any person who is a subject of investigation of this Bureau or the details of the investigation to any person without lawful authority or reasonable excuse.
I really hope that members of the public to fully utilise our newly revamped website. Over the coming months, we will be providing more content into it. I certainly welcome any comments and suggestions on how we can improve this website further either through this blog or via email or by simply writing in to our office. One further initiative that we will introduce in the coming weeks is on the use of Facebook to reach out further to members of the public especially the younger adults. I see that Facebook is a very good networking tool to get people connected especially those who share the same cause and aspirations. It can be an effective tool to champion our anti corruption cause either in communicating our various anti corruption activities as well as in creating the "buzz" that everyone in Brunei must say NO to corruption.
With all these initaitives however at the end of the day, we need to go back to the original mission of this Bureau that is to fight corruption in the country especially in the public sector. The Bureau will always be on the look out and learn for new ways and methods on how we can execute our 3 key strategies of the Bureau in fighting corruption which are through effective law enforcement, educating the members of the public on the evils of corruption and finally through corruption prevention initiatives. Like what I have always reminded officers of the Bureau, the key charasteristic that all officers of the Bureau must possess is the ability to learn, unlearn and relearn.
Posted via push email technology on Nokia E90